Sabtu, 21 Mei 2011

Tragedi tanah runntuh di Hulu Langat

Sumber dari


http://sozcyili.blogspot.com/2011/05/tragedi-tanah-runtuh-ulu-langat-dua.html


Isnin, 16 Mei 2011

Kasih Ibu Sampai Ke Mati



“Nurse...boleh tengok bayi saya..” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengan dan tidak kepada seorang jururawat . Sambil tersenyum jururawat membawa bayi yang masih merah itu. Si Ibu menyambutnya dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si Ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya Cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.


Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus Berlalu.....


Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan “Mereka kata saya cacat.....” katanya kepada si Ibu.


Si Ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.


Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.


Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Dua tahun berlalu....


“Anakku...kita akan menemui



doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi.......dia mahu dirinya dirahsiakan....” kata si ayah.


Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru-kacak serta bijak. Pelajaranya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.


Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.


“Tak mungkin,” balas si ayah.
“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.


“akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.


Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.


Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya..... tanyalah siapa pun Kenalannya.”

“KECANTIKAN SESEORANG BUKAN TERLETAK PADA FIZIKAL TETAPI DI HATI. CINTA SEJATI BUKAN PADA APA YANG DILAKUKAN DAN DIHEBAH-HEBAHKAN TETAPI PENGORBANAN TANPA DIKETAHUI.


Petikan ini saya ambil dari Majalah Mastika Mac Tahun 2003. Semoga apa yang dipaparkan ini mendapat satu pengajaran.......bahawa kasih sayang seorang itu walaupun tidak ditunjukkan di depan mata......tetapi hanya meninggalkan satu kesan kenangan yang kita abai dan lupakan... itu lah kasih sayang tanpa pengucapan......


Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Sabtu, 7 Mei 2011

Camar Yang Pulang....



Salam .... dan hari ini dapat jua saya keudara di blog ini.....walaupun masih terdapat sidebar belum di update kan..... saya gagahi jua untuk menulis walaupun kesibukan waktu. Dan rasanya sudah sebulan lebih tidak menulis kisah manja.... dan selama itulah banyak kisah suka duka dan derita ditelan begitu sahaja. Biar yang pahit itu ditelan....dan yang derita itu disimpan supaya hidup ini tidak perlu untuk menyusahkan sesiapa. Berihktiar sendiri lebih baik dari menagih sesuatu yang mungkin tidak akan dipenuhi...



Alangkah indahnya perjalanan hidup bersama Manja.... banyak yang saya pelajari sesuatu dari Manja.



Tangisan...ketawa dan penderitaan yang dilaluinya membuatkan hidup kami sekeluarga merasa akan semua itu.




Camar Yang Pulang

Rabu, 16 Mac 2011

Maaf.....

Minta maaf banyak-banyak...kerana blog manja kini sedang diubah suai.....

Khamis, 17 Februari 2011

Kasih Ibu ke Syurga.....Anak Yang Soleh




Anak yg SOLEH..-USTAZ Harun Din

Assalamualaikum semua..

> Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.

>

> Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

>

> Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.

>

> Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

>

> Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

>

> Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau

> (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.

>

> Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.

>

> Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.


> Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa/walid/baba dan ibu/mama/emak/ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku?

>

> Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.
>
> Wallahu'alam. > > Sebenarnya ada seperkara lagi,
>
> Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan baik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.

>

> Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yg ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir utk mereka.

>

> Petikan ini di terima dari seorang sahabat ... renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang diceritakannya.

>

> Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah terjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya.


> Sajaknya berbunyi begini.

>

> INILAH MASANYA

>

> JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU

> CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU

> KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH

> YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU

> CINTAILAH IBU SEKARANG

> SEMASA IBU MASIH HIDUP

> USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI

> KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN

> DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

>

> JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU

> TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG

> JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI

> SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR

> KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

>

> OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU

> WALAUPUN HANYA SECEBIS > DARIPADA LAUTAN HIDUPMU

> LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG

> SEMENTARA IBU MASIH HIDUP

> AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

>

> Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku.

>

> Sekarang baru aku terpikir............ pernahkah rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahujawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.

>

> Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.

>

> Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!..... pernah kita bertindak sedemikian????? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu???????? andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat > Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ... mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu ...

>

> wassalam

> Sabda Rasulullah saw: Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua pula"

Tiada Bezanya Kasih Sayang

Menghindari sikap pilih kasih terhadap anak-anak akan membuatkan anak-anak merasa diri mereka dihargai sepanjang masa. Dan sebagai ibubapa adalah menjadi tanggungjawab memberi kasih sayang tiada beza terhadap anak-anak.

Pada saya untuk semua anak-anak yang saya sayangi semuanya tidak ada bezanya. Mungkin untuk perhatian kepada 'Manja' lebih sikit kerana Manja adalah anak Istimewa yang perlu diberi perhatian setiap masa. Mujur kakak-kakak Manja dan adiknya Faham akan situasi yang di alami oleh manja.

Kalau kami beli baju...kesemua anak-anak kami belikan.... kalau kami beli kasut....semua anak-anak kami belikan....Kalau kami beli milo ais dipasar malam semua anak-anak kami belikan. Dan saya akan puas apabila mereka menikmati pemberian saya kepada anak-anak.
Sementara anak-anak masih kecil ini... saya ingin melihat mereka puas merasai kehidupan alam kanak-kanak. Betapa agungnya kasih sayang seorang bapa dan ibu untuk anak-anak. Semua ini tiada balasan.....semua ini percuma.....

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.
katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: “Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”


Ingatlah bahawa sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan mempunyai kesan dan padah yang tidak mungkin dapat dibayangkan. Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kezaliman seandainya ini berlaku ke atas anak anda. Penyesalan pada hari muka tidak ada ertinya lagi.
Salam Ukhwah..

Ahad, 13 Februari 2011

Seandainya Masa Boleh Diundurkan Semula....


Untuk entry kali ini mungkin dapat saya sampaikan untuk adik-adik yang bersekolah dan untuk peringatan.


Sememangnya masa yang kita lalui tidak akan dapat kembali sekiranya hidup kita hari ini tidak dimanfaatkan. Hanya pada diri kita terletak ukuran kejayaan yang kita kecekapi untuk hari yang datang.


Membaca kisah-kisah teladan dalam mastika membuatkan saya juga ingin kongsikan bersama. Agar adik-adik kita, anak-anak kita dan saudara mara kita menginsafi dan jadikan sebagai panduan. Jadi peluang yang ada ini jadikan sebagai ukuran untuk masa hadapan.


Membaca kisah pakcik zul dalam mastika membuatkan saya mengingatkat pada anak saya supaya ilmu yang ada gunakan sebaik yang munkin. Tanpa ilmu kita tidak akan capai apa yang kita mimpikan. Kisah pakcik zul (anggaran kini 64 Tahun) dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur anak orang berada dan ayahnya juga berpangkat tinggi berkereta besar dan tinggal di rumah yang besar.


Pakcik zul hanya bersekolah ditingkatan 3 sahaja dan tidak berminat untuk belajar. Bercita-cita tinggi untuk menjadi Jurutera. Walaupun mendapat tentangan dari kedua ibu bapanya pakcik zul tetap dengan pendirianya dengan alasan kebosanan dan membuang masa sahaja di sekolah.


Kebebasan yang selama ini dimilikinya tidak kemana. Walaupun mempunyai motor yang besar dan digilai ramai gadis-gadis kini segalanya sudah berlalu....


Kini Pakcik zul menjadi pengawal keselamatan menjaga rumah-rumah banglo mewah. Kalau zaman dulu tinggal dirumah yang besar kini tidak sama seperti hari ini. Jangankan hendak beli rumah bak istana tiang rumah pun pak zul tidak mampu hendak membelinya.


Pakcik zul menyesali atas dirinya dan menerima hakikat tentang apa yang sudah berlaku. Kerana pelajaran dan kelulusan amat penting....INGAT!!


Kisah Nasib Pencuci kereta pun sama seperti Pakcik zul. Pemuda yang berumur 25 tahun...masih muda tapi akibat tidak pernah memikir masa yang hadapan apa yang bakal ditempuh....


Masa tidak boleh diundurkan semula walau sedetik .........


Ini semua dari bacaan mastika. Sememangnya ilmu itu adalah pelita hidup.... Jadi pengajaran.

Jadi pedoman... Jauhi dari perkara-perkara yang memalukan kedua ibubapa kita.

Hari ini kita berseronok.... tunggu 10 tahun tahun akan datang...apa akan jadi jika kita tiada ilmu untuk kita gunakan untuk menjaminkan kehidupan. (untuk keterangan yang lebih lanjut lagi bacalah Mastika Keluaran Mac 2011)


-Tok Wan 2

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." Abu ad-Darda' r.aHuraian:Pengajaran hadith:...

i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu

Selamat Hari Jadi Kakak....

Lama sudah saya tidak menulis di blog ini. Petang tadi berlansungnya jamuan hari jadi kakak yang 12. Abah dan Mama ucapkan pada kakak semoga panjang umur dan kakak menjadi anak yang soleh. Kini kakak sudah pun berusia 12 tahun. Kakak akan menempuh peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak. Kerana kakak banyak berkorban demi menjaga adik-adik semasa kami bekerja.

Untuk Kakak Selamat Hari jadi nak.......














World Travel


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Malaysia's Online Camera Shop!

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!a href="http://www.mytshirt2u.com/?ref=zuri3389">