Ahad, 14 Mac 2010

Aktiviti kanak-kanak Istimewa dan warga OKu

AKTIVITI KANAK-KANAK ISTIMEWA DAN WARGA OKU HARI BERSAMA PENGGUNA DI PUCHONG PERDANA


Semalam sabtu Jam 2.00 petang saya turut mengekori manja dan kawan-kawan manja ke Puchong untuk aktiviti manja bersama kanak-kanak istimewa di Hari Bersama Pengguna di Puchong Perdana.
Betapa semangatnya manja untuk menyertai aktiviti bersama kengkawan berlainan Komuniti PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti). Ada juga yang mengembirakan hati dan ada juga amat menyentuh hati apabila salah seorang peserta Syndrom Down Menyampaikan lagu "NAMUN KU PUNYA HATI". Semangat yang ditunjukkan adalah bukti ketabahan dan kecekalan hati meneruskan kehidupan walaupun kurang sempurna. Syabas kepada Guru-guru PPDK yang bertungkus lumus mendidik Kanak-Kanak OKU dan Warga Oku.
Sesungguhnya kerja amal yang anda lakukan diberkati Allah s.w.t. Amin...








Usop salah seorang OKU dewasa merajuk ketika dipanggil untuk bermain bola..kenapa ni usopp!!! ....jangan la merajuk ye...

Aksi usop merajuk ketika menjadi penjaga Gol...telatahnya mencuit hati...

Pandai adik ni bergaya ketika gambarnya diambil..


Aksi manja ketika didukung oleh guru kelas.

Manja menunggu acara sukan tarik upih bersama mama nya....

Manja menangis takut menaiki upih ketika mama manja hendak menariknya... habis peluang untuk melihat manja beraksi....

Aksi kanak-kanak kurang upaya dalam acara sukan tarik upih..



Inilah saat yang amat menyedihkan para ibubapa kanak-kanak OKU apabila salah seorang pelajar OKU Syndrom Dowm menyanyikan Lagu "Namun Ku Punya Hati"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan kepada saya. Saya doakan anda dan seluruh keluarga anda berada dalam keadaan sihat walafiat. wassalam

World Travel


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Malaysia's Online Camera Shop!

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!a href="http://www.mytshirt2u.com/?ref=zuri3389">